Breakfast & Afternoon
-
Date : 15th November 2009
Time : 9:00am
Location : Hole No. 9, Pulau Melayu
-

-
Walaupun dah lama aku menetap kat Miri, hari nie merupakan hari pertama aku melangkahkan kaki ke gerai Hole No. 9 yang sering aku dengar dengan kesedapan mee jawa dan kepak ayam goreng dia.
-
Secara kebetulan jugak aku overnite kat rumah Rush, and its good time for us going for breakfast dengan semangat gigih di pagi ahad ini. Aku bersama2 dengan Rush, Haizul, Hisyam & Faizal menjamu selera di pagi hari.
-

-
Tika kami tiba di sana, gerai Hole No. 9 tu memang full house and nasib baik tinggal satu sajer lagi meja yang berhampiran dengan dapur. Well we have to grab the opportunity tu, and if nak memilih tu confirm la tak breakfast ler kat situ.
-
Gerai nyer sangat asas namun meriah suasana nyer. Dapat kelihatan beberapa org datang bersama2 keluarga dan ada jugak bersama dengan rakan2 seperti kami berlima. Aku dapat rasakan suatu kelainan tika sedang duduk di situ, bagaikan aku berada di tempat lain.
-
Dengan suasana pagi yang indah selepas hujan dengan tiupan angin laut yang nyaman bagaikan aku sedang bercuti2. Sesekali bertemu jugak dengan teman2 facebook kat sana, walaupun kekadangnya berhubung secara maya.
-
-
Begitu sibuk jugak pemilik gerai ini melayan pelanggannya, tugasnya dari mengambil pesanan, membancuh air, menyediakan makanan (mee jawa & kepak ayam goreng and lain2) hinggalah membersihkan meja. Mungkin kekurangan pekerja, namun mereka cekap dan cepat jugak walaupun perlukan sedikit kesabaran dan kena paham situasi mereka.
-
-
Kami memesan 4 pinggan mee jawa & 1 pinggan mee goreng, bersama2nya 10 kepak ayam goreng. Memang sedap ler mee jawa & kepak ayam goreng dia, sungguh ranggup & rasa rempah ratus dia...OMG! macam kena datang lagi ke sana laa.
-
Lama jugak kami berlabuh di situ sehingga hampir tengahari tanpa kami sedari dengan sibuk berborak di sana. Apa2pun, thanks for Rush sebab akhirnya sampai jugak aku ke gerai nie. Kami semua terus balik ke rumah untuk berehat2 dan aku tanpa disedari terlelap di sofa ruang tamu rumah Rush hingga jam 3 petang.
-
-
Dalam pada aku masih mamai lepas bangkit dari lena petang itu, aku terpandang satu rumah kecil yang mana sebahagian daripada perhiasan dalam rumah Rush menarik perhatian aku. Memang menarik untuk aku ambil gambar model rumah tersebut.
-
-
Lepas tu, aku menghayati dark chocolate yang telah Rush hulurkan buat aku sambil minum2 air teh hijau yeo's.
-
Sekitar jam 430pm, aku terus berkemas2 untuk balik semula ke rumah dan menanti hari esok untuk bekerja. Apa2pun im happy on my weekend minggu nie & tak tahu pulak apa aku nak buat next weekend. Tengok dan lihat, mungkin wanna make another breakfast appointment? heheheh
-




































